'Bukan masa yang sesuai bina KXP'

Pulau Pinang mempertikaikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang diumumkan kerajaan negeri Kedah pada Isnin. - Foto Facebook@kulimxp (Gambar kecil: P Ramasamy)
Pulau Pinang mempertikaikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang diumumkan kerajaan negeri Kedah pada Isnin. - Foto Facebook@kulimxp (Gambar kecil: P Ramasamy)
A
A
A

GEORGETOWN - Pulau Pinang mempertikaikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang diumumkan kerajaan negeri Kedah pada Isnin sama ada ia menjadi keperluan utama pada waktu ini.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, ketika ramai yang tertekan dan menderita ekoran pandemik Covid-19 ia dilihat bukan masa yang sesuai untuk Kedah melaksanakan projek bernilai tinggi seperti lapangan terbang berkenaan.

Melihat kepada kadar jangkitan dan kematian yang semakin meningkat setiap hari, beliau berkata akibat pandemik ini menyebabkan tahap kesihatan serta ekonomi rakyat semakin merosot dan menakutkan.

"Hospital dan klinik kerajaan di negara ini sudah hampir penuh dan tidak dapat menampung pesakit malah mereka yang dijangkiti tidak boleh dimasukkan ke hospital tetapi dihantar ke rumah mereka untuk kuarantin.

"Orang ramai menderita kerana tiada pekerjaan dan kita tidak tahu bila wabak itu akan reda dan keaadaan akan kembali menjadi normal," tulisnya di laman facebook miliknya pada Selasa.

Ramasamy berkata, beliau tidak membantah pembinaan lapangan terbang terbabit namum ia tidak harus dilakukan pada masa sekarang terutamanyan ketika rakyat menderita kerana tiada pekerjaan dan tiada makanan.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor harus memandang serius kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya daripada memberi tumpuan kepada perjanjian dengan syarikat.

"Kerajaan negeri Kedah sebelum ini tidak dapat menyelesaikan hutang bekalan airnya kepada kerajaan Pusat selain gagal menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan berfaedah hingga memaksa rakyatnya mencari pekerjaan di Pulau Pinang serta negeri-negeri lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ramasamy mendakwa disebabkan Sanusi gagal mengancam Pulau Pinang dengan isu bekalan air, Menteri Besar Kedah itu mungkin menjadikan pembinaan lapangan terbang baru itu sebagai hukuman yang setimpal kepada Pulau Pinang.

"Apakah keperluan utama untuk pembinaan lapangan terbang sekarang? Adakah ia bertujuan untuk mencabar Lapangan Terbang Pulau Pinang?

"Bagaimanapun, seperti banyak projek mewah bernilai tinggi, saya berharap projek lapangan terbang baharu di Kedah tidak membebankan rakyat,"katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026 mampu mengubah imej dan status Kedah kepada sebuah negeri berkembang maju.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, projek tersebut juga dijangka memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan, menjadi hab industri halal dan e-dagang termasuk produk farmasi serta pelbagai kategori kargo di rantau ASEAN.

Menurutnya, lapangan terbang itu akan menjadi hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dijangka siap 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!