EPL kemaskini sistem VAR
Penggunaan VAR akan dikemaskini
A
A
A
Ketua Pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Riley berkata, pihaknya sedang berusaha mengemaskini sistem berkenaan sebagai salah satu usaha mengatasi 'lakonan' daripada mana-mana pemain.
“Setiap pengadil dan pegawai perlawanan terlibat akan diberikan taklimat berhubung perkara itu. Ia bagi membolehkan mereka melihat sendiri sejauh mana insiden yang berlaku sebelum sepakan penalti diberikan.
“Selain itu, ia juga bertujuan untuk membuat penilaian terhadap keputusan-keputusan kontroversi melibatkan kedudukan ofsaid kepada mana-mana pemain.
“Secara asasnya, kami mahu pemain tidak lagi menggunakan alasan ‘disentuh’ ketika berada ddalam kotak penalti termasuk kedudukan ofsaid yang kontroversi pada musim baharu nanti,” katanya.
EPL antara saingan liga di Eropah yang mengguna pakai sistem VAR sejak beberapa musim lalu, namun penggunaan teknologi itu masih mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemain dan pasukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!