Warholm mengakui hilang kata-kata

Warholm dengan catatan masanya bagi acara final 400 meter lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Warholm dengan catatan masanya bagi acara final 400 meter lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020.
A
A
A

ATLET Norway, Karsten Warholm mengakui kehilangan kata-kata bagi menggambarkan perasaannya memenangi emas bagi final acara 400 meter lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada Selasa.

Menurut atlet berusia 25 tahun itu, dia sendiri masih tidak percaya mampu memenangi emas bagi acara berkenaan yang turut menyaksikannya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri.

“Larian saya kali ini mungkin boleh saya ibaratkan sebagai satu larian yang ‘gila.’ Sebelum ini jurulatih saya mengatakan perlumbaan yang hebat (400 meter lari berpagar), hanya memerlukan 45 saat untuk ditamatkan.

“Tetapi jika ia berjaya dilakukan, ia adalah suatu perkara yang berbeza; tetapi kini saya berjaya melakukannya,” katanya.

Selain merangkul emas, Warholm turut memecahkan rekod miliknya sendiri apabila mencatatkan masa 45.94 saat bagi mengatasi 46.70 saat yang dicatatkannya pada 1 Julai lalu.

Sekali gus, ia menjadikan Warholm sebagai atlet pertama yang mencatatkan masa di bawah 45 saat bagi acara 400 meter lari berpagar.

Difahamkan, sejak 1992, rekod bagi acara 400 meter lari berpagar, tidak pernah dipecahkan oleh mana-mana atlet, sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, atlet Amerika Syarikat (AS), Rai Benjamin, meraih perak dengan catatan masa 46.17 saat gangsa menjadi milik atlet Brazil, Alison Dos Santos yang mencatatkan 46.72 saat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Warholm berkata, dia turut memberikan kredit kepada kesemua pelumba yang beraksi pada final acara 400 meter lari berpagar berkenaan.

Katanya, kesemua pelumba berkenaan turut berhak menerima pujian kerana pastinya masing-masing telah mencatatkan masa yang baik pada perlumbaaan berkenaan.

“Saya turut berikan kredit kepada mereka. Bayangkanlah, rakan saya dari AS, Benjamin mencatatkan 46.17 dan dia memenangi perak.

“Tahniah buat mereka semua,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!