Lebih sejam menyorok atas pokok elak dicekup

Suspek akhirnya menyerah diri selepas lebih sejam dipujuk anggota polis dan bomba di lokasi kejadian.
Suspek akhirnya menyerah diri selepas lebih sejam dipujuk anggota polis dan bomba di lokasi kejadian.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki sanggup duduk di atas pokok lebih sejam bagi mengelak dicekup polis selepas dikesan menceroboh pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Sembulan di sini malam Isnin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit akhirnya turun menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek disedari masuk ke pejabat kementerian itu kira-kira jam 9 malam oleh pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.

Menurutnya, suspek terus melarikan diri dan memanjat sebatang pokok kayu ara di kawasan bangunan itu untuk menyembunyikan diri.

"Pasukan polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati suspek masih berada di atas pokok berkenaan.

"Operasi turut dibantu pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!