Iran puji kejayaan inisiatif vaksinasi Covid-19 Malaysia

Orang ramai yang datang secara 'walk in' mula memenuhi ruang legar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Movenpick untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Foto Bernama
Orang ramai yang datang secara 'walk in' mula memenuhi ruang legar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Movenpick untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Iran memuji kejayaan inisiatif vaksinasi Covid-19 Malaysia yang merangkumi semua warga asing di negara ini.

"Pihak berkuasa Malaysia harus dipuji atas tindakan bersepadu, adil dan saksama, semua penduduk diletakkan di bawah payung penjagaan kesihatan awam," menurut kenyataan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur pada Selasa.

Di bawah inisiatif vaksinasi kebangsaan ia turut merangkumi semua warga asing, satu langkah yang sangat membina dan tanpa diskriminasi.

"Koordinasi antara Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan komuniti diplomatik di Kuala Lumpur, vaksinasi untuk semua staf dan diplomat telah dilaksanakan.

“Warga Iran di sini menghargai segala kerjasama dan bantuan ikhlas pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kebanyakan rakyat Iran di Malaysia mendapat manfaat serta berpeluang diberi vaksin Covid-19, ada yang telah menerima dos pertama dan ada lengkap dua dos.

"Malaysia telah melancarkan Program Vaksinasi Kebangsaan tepat pada masanya, dan telah memberikan 20 juta dos vaksin dalam beberapa bulan,” menurut kedutaan itu.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diketuai Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mula diperkenalkan pada 4 Februari tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Setakat Isnin, sebanyak 21,668,999 dos vaksin telah diberikan dengan 44.3 peratus penduduk menerima dos pertama dan 22 peratus lagi lengkap dua dos. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!