Tujuh maut, 250,000 dipindahkan, hujan lebat di Barat Bengal

Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan sekitar 250,000 penduduk di Bengal Barat, India dipindahkan berikutan hujan lebat dan limpahan air empangan. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan sekitar 250,000 penduduk di Bengal Barat, India dipindahkan berikutan hujan lebat dan limpahan air empangan. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan sekitar 250,000 penduduk di Bengal Barat, India dipindahkan berikutan hujan lebat dan limpahan air empangan, kata pegawai pada Selasa.

Enam daerah di negeri itu dilanda banjir dan pihak berkuasa telah melancarkan operasi menyelamat di kawasan terjejas.

“Tujuh orang dilaporkan terkorban. Selain itu, beberapa rumah dan tanah pertanian juga musnah. Kira-kira 250,000 penduduk hilang tempat tinggal,” kata seorang pegawai pengurusan bencana kepada Xinhua.

Pegawai itu berkata, pihak berkuasa juga telah menghantar bantuan kemanusiaan termasuk bekalan makanan di kawasan yang terjejas.

"Pekhidmatan helikopter Tentera Udara digunakan untuk memindahkan puluhan penduduk dari kawasan yang ditenggelami air banjir," kata pegawai itu.

Menurut media tempatan, air yang dilepaskan dari empangan Damodar Valley Corporation (DVC) memburukkan lagi keadaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!