Brazil mara ke final

Brazil mara ke final setelah menewaskan Mexico 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada Selasa. Foto: As English-Diario AS
Brazil mara ke final setelah menewaskan Mexico 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada Selasa. Foto: As English-Diario AS
A
A
A

JUARA bertahan, Brazil mara ke final Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan Mexico, 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Ibaraki Kashima, pada Selasa.

Pada penentuan sepakan penalti itu, Brazil menjaringkan gol menerusi kapten, Danny Alves, Gabriel Martinelli, Bruno Gumaraes dan Reiner manakala Mexico hanya berjaya menjaringkan gol menerusi Carlos Rodriguez setelah sepakan Eduardo Aguirre, Johan Vasquez berjaya diselamatkan penjaga gol Brazil, Santos.

Kemenangan itu memberikan peluang untuk skuad Selecao itu untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Olimpik Rio, 2016 lalu.

Skuad kendalian Andre Jardine itu kini hanya menanti pemenang bagi satu lagi aksi separuh akhir antara Jepun dan Sepanyol di Stadium Saitama dalam usaha mempertahankan ibu segala pingat itu pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!