UMNO Pengerang teguh bersama presiden

AZALINA OTHMAN
AZALINA OTHMAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - UMNO Bahagian Pengerang menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Ketuanya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli MKT UMNO itu menjelaskan, keputusan terbabit selaras dengan asas perjuangan dan tujuan UMNO sebagaimana termaktub Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO yang mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, negeri- negeri dan raja berperlembagaan.

"Raja dan rakyat berpisah tiada. Institusi Raja merupakan payung negara yang melindungi rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mesyuarat MKT UMNO pada petang Selasa membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid berkata, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!