Thompson-Herah sambar pingat emas berganda

Thompson-Herah meraih emas dalam acara 100m dan 200m pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Thompson-Herah meraih emas dalam acara 100m dan 200m pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
A
A
A

ATLET sensasi Jamaica, Elaine Thompson-Herah muncul pelari wanita pertama memenangi gelaran berganda sebanyak dua kali di pentas Sukan Olimpik selepas merangkul pingat emas 200 meter (m) Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Selepas menjuarai acara 100m dan 200m pada temasya Rio 2016, Thompson-Herah sekali lagi menampilkan larian bertenaga apabila memenangi pingat emas 100m pada Sabtu lalu sebelum meraih gelaran keempat individunya itu apabila menamatkan saingan 200m dengan catatan masa 21.53 saat (s).

Catatan yang dilakukan pelari berusia 29 tahun yang digelar 'Sprint Queen' itu adalah kedua terpantas dalam sejarah.

Atlet Namibia, Christine Mboma memenangi pingat perak dengan catatan 21.81s manakala gangsa milik pelari Amerika Syarikat, Gabby Thomas yang merekodkan 21.87s.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!