Kenyataan media Warisan sokong PN secara 'en-block' palsu

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua mengesahkan kenyataan media yang tular di media sosial adalah palsu.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua mengesahkan kenyataan media yang tular di media sosial adalah palsu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara 'en-block' adalah palsu.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua memaklumkan perkara itu dengan menghantar semula kenyataan media tersebut dengan dipalang sebagai palsu.

"Ia adalah palsu," katanya ringkas kepada pemberita melalui kumpulan WhatsApp bilik media Warisan.

Sebelum itu, kenyataan media terbabit dipercayai mulai tular sejak awal pagi Rabu dan ditulis bertarikh 3 Ogos 2021.

Dalam kenyataan itu berkata, Warisan telah mengadakan mesyuarat tergempar mengenai situasi politik semasa pada petang Selasa.

"Perkara yang dibincangkan meliputi kes Covid-19, vaksinasi, penarikan diri UMNO dari kerajaan dan kestabilan politik di dalam Malaysia.

"Antara perkara paling utama yang dibangkitkan di dalam mesyuarat pada petang tadi adalah pengumuman penarikan diri 12 ahli Parlimen UMNO menyokong kerajaan PN dan jumlah ahli Parlimen kepada kerajaan sekarang.

"Warisan telah membuat beberapa keputusan demi kelangsungan parti untuk bangsa, agama dan negara iaitu menyokong kerajaan PN secara 'en-block' demi kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya dalam menghadapi pandemik yang melanda ketika ini," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu juga turut menyebut Warisan menyahut seruan kerajaan dalam bersama-sama berganding bahu melawan pandemik Covid-19 dan menjayakan program vaksinasi yang sekarang ini sudah melebihi 500,000 dos sehari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!