Boustead sahkan sudah tandatangan surat setuju terima, kata Najib

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Pertahanan berhubung Penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad yang masih belum dimuktamadkan.

Beliau mendakwa, Boustead telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia pada Selasa lalu dengan pihaknya telah mengesahkan menandatangani surat setuju terima dari syarikat Singapura dengan wang deposit RM3.94 juta atau dua peratus telah diterima mereka.

"Saya tidak mahu tuduh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedang menipu. Menteri Pertahanan itu satu jawatan yang berat tanggungjawabnya, tak mungkin beliau seorang penipu.

"Tetapi, jika Mat Sabu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia. Hukuman ini di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2009 adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjualan Hotel Royale Chulan belum dimuktamadkan

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Menteri Pertahanan berkata, penjualan hotel itu masih dalam penilaian memandangkan kedudukan hotel yang terletak di lokasi strategik kawasan pelancongan utama dan zon perhotelan pusat bandar ibu negara.

Mengulas kenyataan tersebut, Najib berkata, ia membawa maksud kementerian tersebut tetap mahu menjual hotel itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!