Adik Siti Kharina menangis, syukur keputusan mahkamah

Khairani
Khairani
A
A
A

SHAH ALAM - Adik kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang yang menjadi mangsa bunuh menangis sejurus Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada seorang lelaki warga Nigeria pada Rabu.

Khairani Mohd Kamarudin, 38, yang merupakan adik kepada mangsa, Siti Kharina Mohd Kamarudin memanjatkan rasa syukur kerana keadilan akhirnya berpihak kepada keluarganya.

Menurutnya, keputusan mahkamah itu memberi kelegaan kepadanya kerana dia sentiasa berdoa agar kebenaran dapat dibuktikan.

"Tidak kisahlah, dia menang atau kita menang, maksudnya yang penting keadilan.

"Selama ini pun kita doa keadilan didedahkan. Diharapkan inilah keadilannya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah di sini pada Rabu.

Khairani berkata, dia berharap keputusan itu merupakan titik akhir kejadian terhadap keluarganya dan berharap tidak akan berlaku perkara berkaitan selepas ini.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap warga Nigeria, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didakwa membunuh Siti Kharina di satu unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara jam 12.41 pagi 9 Mei 2019 dan 2.30 petang, 15 Mei tahun sama.

Artikel Berkaitan:

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Nigeria dihukum gantung bunuh Siti Kharina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!