Sepanyol azam rampas pingat emas bola sepak

Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal melepasi pertahanan Jepun pada aksi separuh akhir pada Selasa.
Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal melepasi pertahanan Jepun pada aksi separuh akhir pada Selasa.
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol menyasarkan untuk merampas pingat emas daripada Brazil pada aksi final acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 7 Ogos ini.

Menurut Fuente, dia yakin sasaran itu mampu direalisasikan berdasarkan kepada prestasi semasa kesebelasan La Roja ketika ini terutamaya setelah menewaskan tuan rumah, Jepun, 1-0 pada aksi separuh akhir pada Selasa.

“Kami hadir ke sini (Tokyo) untuk mara ke final acara bola sepak dan seterusnya memenangi pingat emas.

“Perlawanan menentang Jepun benar-benar satu perlawanan yang sukar apabila kedua-dua pasukan begitu bersemangat untuk mara ke final.

“Kami hampir tidak berjaya pada separuh akhir tetapi jaringan tunggal lima minit sebelum perlawanan tamat mengubah segala-galanya,” katanya.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 hingga tamat masa perlawanan sebenar, namun jaringan tunggal Marco Asensio pada minit ke-115 berjaya memastikan kemenangan Sepanyol.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol bakal berdepan juara bertahan, Brazil pada aksi final 7 Ogos ini.

Sementara itu, Fuente mengakui benteng pertahanan skuad kendaliannya itu berdepan masalah untuk mengawal asakan khususnya ketika berdepan lawan yang memiliki pemain-pemain sayap yang pantas.

Artikel Berkaitan:

Justeru, menjelang aksi final nanti, Fuente berharap agar kelemahan berkenaan dapat di atasi menjelang aksi final berkenaan.

“Saya akui kami berdepan masalah apabila berdepan lawan yang memiliki pemain-pemain sayap pantas namun saya optimis pemain-pemain saya mampu untuk berdepan dengan situasi berkenaan pada aksi final nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!