Iesya nak mengadu dengan arwah abah

No Image Caption
A
A
A

BEKAS pengacara RTM, Iesya Toh, tampil meluahkan rasa kerinduan terhadap arwah bapanya selepas hampir sebulan menghadap Ilahi.

Lebih menghibakan hati Iesya apabila dia tidak dapat menziarahi pusara Allahyarham Sanny Toh Abdullah, 65, kerana jenazah disemadikan di Baqi', Madinah.

No Image Caption

"Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Jiwa sentiasa nangis, teringin nak pegang pusara abah... nak ziarah setiap hari.

"Nak berdoa di sana... nak mengadu dengan abah. Tapi yang terbaik buat abah, abah di Madinah san jannatul baqi’ tidak membenarkan wanita masuk ke dalam. Abah, di dunia yang lain kita akan bertemu nanti rindu!," tulis Iesya di IG.

No Image Caption

Dalam perkongsian sama Iesya turut berkongsi mengenai kondisi ibunya kini tidak sihat dan memberikan nasihat kepada mereka yang melewati nasib yang sama.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Umi ni tak berapa sihat abah. Kadang-kadang umi mengadu juga rindu abah.

"Anak-anak yang boleh tengok pusara ibu bapa tu, amek lah peluang sebaiknya. Rajin-rajin lah ziarah dan mengemas, doa, di mana-mana pun Insya-ALLAH sampai untuk mereka. Al-Fatihah Sanny Toh Bin Abdullah," akhiri coretan berserta gambar perkuburan baqi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!