Wujudkan Tabung Khairat Kehidupan untuk bantu rakyat

Pengarah Yayasan Universiti Multimedia (YUM), Dr Ridzwan Bakar
Pengarah Yayasan Universiti Multimedia (YUM), Dr Ridzwan Bakar
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap kariah disarankan menubuhkan Tabung Khairat Kehidupan di kawasan masing-masing bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat Covid-19 agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Pengarah Yayasan Universiti Multimedia (YUM), Dr Ridzwan Bakar berkata, tabung khairat itu akan mengumpulkan senarai lengkap data penduduk setempat dalam usaha memastikan kebajikan mereka terbela.

“Bagi saya orang yang sudah meninggal ini insya-ALLAH kita akan urus sehabis mungkin walaupun dia adalah pesakit Covid-19.

"Bagaimanapun kita yang masih hidup ini belum bersedia dengan sistem yang ada termasuklah sistem wakaf, zakat dan sedekah. Jadi ALLAH beri peluang kedua untuk kita berubah

sebab itu DIA bagi ujian pandemik Covid-19. Tiada siapa mampu mengubahnya kecuali diri kita sendiri secara berjemaah," katanya ketika Wacana Al-Quran, Wakaf Solusi Ekonomi Rakyat pada Rabu.

Program tersebut dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail dan Qari jemputan, Tirmizi Ali yang memperdengarkan Surah Al-Baqarah ayat 261 dan Surah Al-Imran ayat 92.

Selain itu, Ridzwan berkata, Malaysia berada dalam sistem kapitalisme yang berasaskan riba dan hutang yang perlu diubah serta memainkan peranan penting oleh semua sektor dalam negara.

“Kalau kita berterusan dalam kapitalis kita tidak boleh menang dan ikut telunjuk sistem ini tetapi perlu wujudkan satu cadangan di mana semua perlu memainkan peranan termasuk sektor kerajaan, korporat, ekonomi dan awam.

Artikel Berkaitan:

“Kita boleh lihat kepada sejarah Turki Uthmaniyah itu sendiri yang telah dilaksanakan lebih 700 tahun. Jadi kalau kita lihat daripada pengalaman-pengalaman ini Malaysia turut terkedepan dalam aspek wakaf ini cuma masih belum ditunjukkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ridzwan berkata, masjid perlu dijadikan tempat urusan pentadbiran dan ekonomi seperti pada zaman Rasulullah SAW.

“Apabila baginda berhijrah perkara pertama yang dilakukan adalah membina masjid dan kita boleh lihat bagaimana ia menjadi tempat utama pentadbiran serta juga ekonomi pada zaman itu.

“Kita lihat beberapa masjid sudah ada masjid Mart tetapi perlu diteliti sama ada ia boleh bertahan lama ataupun tidak,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!