JKNK nafi beruk di Gua Musang positif Covid-19

Antara gambar beruk berkenaan yang tular dan didakwa tidak sihat akibat Covid-19
Antara gambar beruk berkenaan yang tular dan didakwa tidak sihat akibat Covid-19
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan seekor beruk di Gua Musang didapati positif Covid-19 pada Rabu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang ujian saringan Covid-19 ke atas binatang.

"Kami tidak buat 'swab test' pada binatang," jelasnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Sejak Isnin tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp video seekor beruk yang didakwa tidak sihat, tidak bermaya dan mengalami selesema.

Bagaimanapun, melalui mesej suara berkenaan, disebabkan simptom tersebut beruk berkenaan didakwa dibawa untuk menjalani ujian saringan dan didapati positif Covid-19.

Beruk berkenaan juga dipakaikan gelang merah jambu sebagai 'tanda' binatang tersebut perlu dijauhi akibat wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Zaini turut menasihatkan masyarakat untuk tidak mempermainkan perkara seperti itu kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!