PBB sambut baik pelantikan menteri Brunei sebagai duta khas ASEAN

Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof - Foto Reuters/Brendan McDermid
Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof - Foto Reuters/Brendan McDermid
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Rabu menyambut baik pelantikan Menteri Luar II Brunei Erywan Mohd Yusof sebagai Duta Khas ASEAN ke Myanmar.

Pelantikan ini satu lagi langkah penting ke arah pelaksanaan konsensus yang dipersetujui dalam Mesyuarat Pemimpin ASEAN pada 24 April lalu, kata jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

PBB berharap dapat terus bekerjasama dengan ASEAN ke arah mencari jalan penyelesaian krisis di Myanmar, dengan melihat peranan yang saling melengkapi antara duta khas ASEAN serta utusan PBB, lapor Xinhua. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!