Ryan Crouser rangkul emas lontar peluru lelaki
TOKYO - Pemegang rekod dunia, Ryan Crouser dari Amerika Syarikat (AS) mengungguli acara lontar peluru lelaki di Olimpik Tokyo, pada Khamis.
Crouser mendahului sepanjang pertandingan dan lontaran sejauh 23.30 meter (m) dalam percubaan keenamnya berjaya meleburkan rekod Olimpik sebelum ini, lapor Agensi Berita Xinhua.
Rakan senegara, Joe Kovacs meraih perak dengan lontaran sejauh 22.65m, manakala Tomas Walsh dari New Zealand meraih gangsa. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!