Zizan tutup aib rakan disiasat kes pemerdagangan manusia

Zizan Razak
Zizan Razak
A
A
A

MELAKA - Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengambil sikap menutup mulut dan tidak mahu menghangatkan lagi isu rakan artis yang disiasat atas dakwaan pemerdagangan manusia baru-baru ini.

Selebriti berusia 37 tahun berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata, pada masa ini lebih baik beliau menutup aib individu tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, sebagai rakan dalam bidang yang sama, beliau juga terkejut dengan isu berkenaan.

Zizan bagaimanapun berkata, pada awalnya beliau tidak mengetahui individu yang dimaksudkan, malah turut menjadi tempat pertanyaan orang sekeliling yang mahu tahu rakan artis dimaksudkan.

Zizan memberi makanan kepada gajah di Zoo Melaka, Ayer Keroh pada Khamis.
Zizan memberi makanan kepada gajah di Zoo Melaka, Ayer Keroh pada Khamis.

"Ramai yang tanya saya termasuk ada mesej secara peribadi tanya siapa individu itu, tetapi saya memang tidak tahu. Kalau tahu pun, saya tidak akan beritahu.

"Pada saya sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu. Saya harapkan yang baik-baik untuk rakan-rakan pelawak," katanya ketika ditemui dalam program Ummah Untuk Ummah oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Sementara itu, Zizan mengakui, disebabkan pandemik Covid-19, beliau seperti rakan artis lain tidak dapat bekerja seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, katanya, beliau menggunakan ruang yang ada untuk menyertai misi bantuan makanan oleh Mapim di beberapa negeri.

"Ini cara yang saya boleh buat pada masa ini. Secara tidak langsung kehadiran kita dapat menggalakkan orang ramai untuk turut menyumbang sama ada kepada Mapim atau terus kepada Zoo Melaka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN [EKSKLUSIF] Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!