OBM 2019 pementasan pentas yang terbaik: Tun M

Reaksi Mahathir dan Siti Hasmah sebelum bermula teater 'Ola Bola The Musical' di Istana Budaya, hari ini. - Foto Bernama
Reaksi Mahathir dan Siti Hasmah sebelum bermula teater 'Ola Bola The Musical' di Istana Budaya, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kagum dengan produksi dan pementasan Ola Bola the Musical (OBM) 2019 dengan menyatakan bahawa ia merupakan persembahan pentas yang terbaik.

"Ya, saya suka persembahan muzikal. Saya fikir ia adalah pementasan pentas terbaik dengan kesan visual helikopter dan perkara-perkara itu.

"Saya fikir mereka telah membuat kemajuan dalam pementasan muzikal itu," kata beliau kepada pemberita selepas menonton pementasan muzikal itu di Istana Budaya di sini, malam ini.

Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Persembahan muzikal yang diarah dan diterbitkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina itu kembali setelah mendapat sambutan hangat semasa dipentaskan buat pertama kali tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: PM, isteri tonton Ola Bola The Musical 2019

OBM 2019 merupakan adaptasi daripada filem pecah panggung 2016, Ola Bola, yang diarahkan Chiu Keng Guan yang mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

OBM 2019 dibintangi Brian Chan ('Tauke' Chan Kok Keong), Abimanyu Masilamani (Muthu), Luqman Hafidz (Ali), Hafeez Mikail (Eric Yong) dan Tony Eusoff sebagai jurulatih Harry Mountain.

Artikel Berkaitan:

Pementasan pentas itu akan berlangsung sehingga Ahad ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!