Wanita ditemui mati dengan kesan terbakar

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita ditemui mati dengan kesan terbakar pada seluruh badan di sebuah padang bola di Taman Bidara Selayang di sini pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 7.30 pagi.

"Hasil siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, mangsa yang berusia 32 tahun ke tempat kejadian kira-kira jam 1 pada 5 Ogos (Khamis) dengan menaiki sebuah kenderaan.

"Sejurus sampai di lokasi kejadian, mangsa telah keluar dari kenderaan dan berjalan menuju ke arah padang bola bersama satu objek yang menyerupai tong plastik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Zainal berkata, turut ditemui di tempat kejadian adalah barang peribadi serta barangan kemas milik mangsa.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)

Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!