Skuad bola sepak wanita AS raih gangsa
SKUAD bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan Australia 4-3 pada aksi penentuan pingat gangsa di Stadium Ibaraki Kashima, pada Khamis.
AS membuka jaringan menerusi Megan Rapinoe pada minit ke-8, bagaimanapun pemain Australia, Sam Kerr berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-17.
Rapinoe kemudiannya menjaringkan gol kedua AS pada minit ke-21, sebelum Carli Llyod menjaringkan dua gol pada minit ke-47 dan 51.
Ketinggalan 1-4 bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat kesebelasan Australia untuk kembali bangkit pada baki perlawanan dan hasilnya, Caitlin Foord menjaringkan gol kedua pada minit ke-54 dan Emiliy Gielnik menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan bagi merapatkan jurang.
Bagaimanapun, jaringan berkenaan sudah terlalu lewat untuk mengekang AS memenangi perlawanan berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!