Janggal bagi UMNO tinggalkan PN sekarang, kata penganalisis

Sebilangan menteri UMNO memegang portfolio penting dan penarikan sokongan mereka boleh menjejaskan program pemvaksinan kebangsaan.
Sebilangan menteri UMNO memegang portfolio penting dan penarikan sokongan mereka boleh menjejaskan program pemvaksinan kebangsaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Adalah 'amat janggal' bagi UMNO menasihatkan ahli Parlimennya dan menteri serta timbalan menteri daripada parti itu untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), menurut seorang penganalisis.

Penganalisis Politik dan Geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, ini adalah kerana sebilangan menteri UMNO memegang portfolio penting dan penarikan sokongan mereka boleh menjejaskan program pemvaksinan kebangsaan, dan beliau memberi contoh seperti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Apa yang saya bimbangkan, jika mereka berdua menarik sokongan, ia akan mewujudkan satu ketidakseimbangan dalam pelaksanaan vaksinasi kita yang berada pada peringkat yang amat penting sekarang," katanya dalam program 'Mid-Day Update' Bernama TV berjudul 'Current Political Climate and Mandate on Vaccination' (Iklim Politik Semasa dan Mandat ke atas Pemvaksinan) pada Khamis.

Azmi berkata, rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan menumpukan 100 peratus pada situasi semasa, menstabilkan ekonomi dan memerangi peningkatan kes-kes Covid-19.

“Pada masa ini, kami sebagai rakyat tidak berada di dalam keadaan yang terbaik, kami mahukan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya mengendalikan isu ini.

“Bagaimanapun dengan tekanan politik semasa daripada pembangkang, saya rasa kerajaan akan mendapati adalah sukar untuk menumpukan kepada kehendak rakyat, maka oleh itu semua polemik politik perlu dihentikan,” katanya.

Beliau juga berkata, keputusan untuk membentangkan usul undi percaya ke atas Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat bulan hadapan adalah kaedah terbaik untuk meredakan kemelut politik di dalam negara.

“Usul itu merupakan langkah terbaik, membenarkan Parlimen membuat keputusan adalah langkah ke hadapan terbaik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Walaupun ada pihak mempersoalkan kenapa ia perlu dibawa pada bulan hadapan dan bukan sekarang, apa yang penting pembentangan usul itu merupakan langkah ke hadapan terbaik,” katanya lagi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!