PN Perak ucap tahniah kepada Ahmad Faizal

Razman Zakaria
Razman Zakaria
A
A
A

IPOH - Perikatan Nasional (PN) Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pelantikan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertaraf menteri.

Naib Pengerusi 1 PN Perak, Razman Zakaria berkata, pelantikan Pengerusi PN Perak itu akan memberi impak positif sekali gus melancarkan pentadbiran negara dalam mendokong Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Berdasarkan pengalaman Ahmad Faizal yang luas, ia akan menjadi aset penting dalam merekayasa pentadbiran negara di bawah kepimpinan Muhyiddin.

"PN negeri juga yakin pelantikan ini akan menjamin impak yang positif serta pentadbiran negara akan lebih lancar dan sempurna di samping mendokong PPN khususnya dalam menangani wabak pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, pelantikan itu akan menjadi pengalaman yang besar selain mengharap dapat membina negara yang cemerlang.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun bertanggungjawab menasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dilantik sebagai Penasihat PM bertaraf menteri

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!