Rossi secara rasmi umum persaraan

Rossi kelihatan sugul ketika mengumumkan persaraannya pada sidang media GP Styria sebentar tadi.
Rossi kelihatan sugul ketika mengumumkan persaraannya pada sidang media GP Styria sebentar tadi.
A
A
A

PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Valentino Rossi mengakhiri spekulasi tentang masa depannya apabila secara rasmi mengumumkan persaraan pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) sebaik saingan musim ini berakhir.

Perkara itu dimaklumkan Rossi yang juga juara dunia sembilan kali dalam sidang akhbar perlumbaan Grand Prix (GP) Styria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi.

“Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, saya akan mengumumkan mengenai perancangan masa depan saya selepas tamat cuti musim panas ini.

“Saya sudah membuat keputusan untuk bersara apabila tamat saingan MotoGP musim ini. Ini adalah berita yang sangat sedih apabila saya tidak akan lagi berlumba selepas hampir 30 tahun bergelar pelumba.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting terhadap perjalanan karier saya selama ini,” katanya yang agak beremosi pada sidang akhbar tersebut.

Untuk rekod, pelumba kelahiran Itali berusia 42 tahun itu meraih kejuaraan MotoGP sebanyak enam kali dan masing-masing satu gelaran dalam kelas 500cc, 250cc dan 125cc sepanjang kariernya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!