CNN pecat tiga pekerja hadir ke pejabat tanpa divaksin

Foto- 123RF
Foto- 123RF
A
A
A

WASHINGTON - CNN memecat tiga pekerjanya kerana hadir ke pejabat tanpa divaksinasi Covid-19 dan menangguhkan kehadiran petugas ke pejabat sehingga pertengahan Oktober, lapor Sputnik.

" (Presiden CNN) Jeff Zucker dalam memo kepada staf CNN berkata, pada minggu lalu kami dimaklumkan mengenai tiga pekerja yang datang ke pejabat tanpa divaksin. Ketiga-tiganya telah diberhentikan. Saya tegaskan di sini - kami tidak akan bertoleransi mengenai hal ini,” tulis wartawan kanan Oliver Darcy di akaun Twitternya pada Khamis

Menurut memo itu, pejabat CNN sepatutnya dibuka semula pada 7 September dan berikutan insiden itu ia terpaksa ditangguhkan sehingga pertengahan Oktober. Semua petugas diminta sentiasa mengikuti perkembangan terkini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!