Ratusan bom tangan Perang Dunia I ditemukan di Turki

Sebanyak 782 bom tangan era Perang Dunia I dijumpai di tapak bersejarah Amida Mound. - Foto Agensi Anadolu
Sebanyak 782 bom tangan era Perang Dunia I dijumpai di tapak bersejarah Amida Mound. - Foto Agensi Anadolu
A
A
A

DIYARBAKIR - Sebanyak 782 bom tangan era Perang Dunia I dijumpai ketika kerja-kerja penggalian arkeologi dilakukan di tapak bersejarah di tenggara Turki.

Bom tangan tersebut ditemukan di Amida Mound, atau Amida Hoyuk - juga dikenali sebagai pusat wilayah Diyarbakir - terletak di daerah bersejarah Sur, lapor Agensi Anadolu.

Kawasan itu pernah menjadi pusat peradaban seperti Hurri-Mitanni, Urartian, Assyria, Medes, Parsi, Tigran, tGreat Kingdom, Romans, Sassanid, Byzantium, Umaiyah, Abbasiyah, Safavid, dinasti Ayyubid, Marwan, Seljuk, Uthmaniah, dan Artuqid.

Profesor Irfan Yildiz dari Dicle University, yang mengetuai operasi penggalian itu berkata, pasukannya setiap hari menemukan sesuatu yang memberi kejutan.

Bom tangan dijumpai di kawasan sarjana Islam terkenal Ismail Al-Jazari melakukan kajian saintifiknya, katanya.

Al-Jazari, seorang yang bijak dan genius dilahirkan pada abad ke-12 dan meninggal dunia pada awal abad ke-13, mencetuskan sains siber dan robotik dengan penemuannya selama berabad-abad dan mempengaruhi sistem moden enjin wap.

Menurut Agensi Anadolu, Yildiz berkata, pada 29 Julai lalu peluru milik zaman Uthmaniyyah turut ditemui di bahagian barat laut tembok Amida Mound.

"Setelah dua hari menggali, semua peluru telah dikeluarkan. Difahamkan, peluru itu digunakan pihak Uthmaniyyah dan sekutunya dalam Perang Dunia I," katanya, sambil menambah bom tangan itu berasal dari Uthmaniyyah, British dan Jerman.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihak polis mengambil bom tangan itu untuk pemeriksaan.

"Setelah pemeriksaan, beberapa bom yang telah dimatikan akan diserahkan kepada kami dan dipamerkan di muzium, selebihnya akan dimusnahkan,” katanya.

Yildiz berkata, peluru itu ditanam di dalam dinding tembok batu dan ditutup dengan batu rakit.

"Diyarbakir adalah pusat penting dalam Perang Dunia I, sebagai markas Kor ke-13. Kami berpendapat bahawa senjata yang tidak mahu dihantar selepas Gencatan Senjata Mudros (ditandatangani pada 30 Oktober 1918, susulan Perang Dunia 1) ditanam di sini.” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!