Najib persoal Muhyiddin masih ada sokongan atau tidak

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan samada Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar masih mempunyai majoriti ketika ini.

Beliau berkata, bilangan tersebut dilihat berubah selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan hanya seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), bukan 40 orang seperti didakwa sebelum ini.

"Didakwa pula ada sokongan 31 orang BN namun yang datang (sidang media) 21 orang sebab 10 orang tak hadir. Tetapi sebelum ini kata, ada 40 orang BN yang sokong Perikatan Nasional (PN) untuk menjadikan sokongan majoriti sebanyak 115.

"Jadi, Muhyiddin masih ada sokongan majoriti ke jika angka 40 itu sudah jatuh ke 21 atau 31? Takkanlah usaha begitu lama dengan kuasa penuh darurat 'scheme of things' selama tujuh bulan untuk pujuk atau ugut tapi nombor semakin mengecil?” demikian soal Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, pada Jumaat.

Ia merujuk kepada seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan tidak akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan Kerajaan PN dalam satu sidang media yang diketuai oleh Ismail Sabri, pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua ahli Parlimen tersebut berpendirian untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!