CTOS Digital tingkatkan kepentingan dalam BOL di Thailand

No Image Caption
A
A
A

CTOS Digital Bhd (CTOS Digital) meningkatkan kepentingannya dalam Business Online Public Company Limited (BOL) untuk memperluas kedudukannya dalam pasaran penyelesaian membuat keputusan perniagaan di Thailand.

CTOS Digital dalam kenyataan pada Jumaat mengumumkan untuk mengambil alih 21.74 juta saham dalam BOL melalui pemindahan perniagaan langsung di bursa saham Thailand.

Pengambilalihan itu mewakili 2.65 peratus kepentingan dalam BOL untuk bayaran pembelian sebanyak THB208.7 juta atau bersamaan dengan RM26.8 juta.

Menurut kenyataan itu, pengambilalihan tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh hasil daripada tawaran awam permulaan baru-baru ini.

"Pegangan saham sebanyak 2.65 peratus itu menambah kepada pengambilalihan CTOS Digital sebelum ini sebanyak 20 peratus kepentingan dalam BOL pada Oktober 2020.

“BOL terus melebihi jangkaan kami dan kami gembira dengan peluang untuk meningkatkan kepentingan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Dennis Martin.

Menurut International Data Corporation, BOL adalah biro maklumat syarikat yang terbesar di Thailand, dengan bahagian pasaran sebanyak 59 peratus dari segi pendapatan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

Kumpulan itu berkata, pengambilalihan tersebut tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham CTOS Digital atau pihak berkuasa pengawalseliaan lain yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

CTOS Digital adalah syarikat pegangan agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn Bhd. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!