Cheptegei dalam kelas tersendiri

Cheptegei raikan kejayaan menjuarai acara 5,000 meter akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat. - Foto AFP
Cheptegei raikan kejayaan menjuarai acara 5,000 meter akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

ATLET sensasi Uganda, Joshua Cheptegei membuktikan beliau dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas dalam acara 5,000 meter lelaki akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada aksi di Stadium Olimpik, Cheptegei berusia 24 tahun yang juga pemegang rekod dunia dalam jarak itu melakukan catatan 12 minit 58.15 saat diikuti atlet Kanada, Mohammed Ahmed kedua (12:58.61) dan atlet Amerika Syarikat, Paul Chelimo (12:59.05).

Kejayaan Cheptegei yang turut mencipta rekod baharu itu secara tidak langsung menebus kekecewaan apabila meraih pingat perak dalam acara 10,000 meter (m) sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!