China kekal dominasi ping pong

Dari kiri, Chen Meng, Sun Yingsha dan Wang Manyu bersama pingat emas masing-masing selepas perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium. - Foto AFP
Dari kiri, Chen Meng, Sun Yingsha dan Wang Manyu bersama pingat emas masing-masing selepas perlawanan akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium. - Foto AFP
A
A
A

CHINA muncul juara acara ping pong berpasukan wanita selepas menewaskan Jepun 3-0 pada aksi final di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Kejayaan dilakar trio Chen Meng, Sun Yingsha dan Wang Manyu meneruskan momentum positif negara kuasa sukan ping pong itu selepas kejayaan pada edisi Rio 2016, London 2012 dan Beijing 2008.

“Kembali menyarung pingat emas ini sekali lagi sesuatu yang sukar diluahkan dengan kata-kata berbanding sebelum ini.

“Ia merupakan pingat acara berpasukan yang auranya ternyata sungguh berbeza.

"Ini kerana untuk menyarungnya memerlukan tidak hanya komitmen tetapi juga semangat kerjasama berpasukan yang jitu.

"Saya amat berterima kasih kepada semua,” kata Chen Meng yang turut memenangi pingat emas acara perseorangan wanita sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!