Miller-Uibo kekal penguasaan dua edisi

Miller-Uibo meraikan kejayaan mengekalkan pingat emas dalam acara 400 meter Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo. - Foto AFP
Miller-Uibo meraikan kejayaan mengekalkan pingat emas dalam acara 400 meter Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo. - Foto AFP
A
A
A

PELARI Bahamas, Shaunae Miller-Uibo terus mempamerkan aksi bertenaga pada acara 400 meter wanita akhir di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila sekali lagi mengekalkan kejuaraan dimenangi pada edisi Rio 2016 lalu.

Miller-Uibo yang berusia 27 tahun mengekalkan kejuaraan lima tahun lalu dengan mencatatkan masa 48.36s diikuti pelari Republik Dominica, Maileidy Paulino (49.20) dan Allyson Felix (49.46) dari Amerika Syarikat ketiga untuk pingat gangsa.

Kejayaan Miller-Uibo di edisi Tokyo dan Rio 2016 menjadi atlet kedua melakar kemenangan back-to-back acara itu selepas Marie-Jose Perec dalam edisi Barcelona 1992 dan Atlanta 1996 sebelum ini.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini yang boleh membuatkan saya mahu menangis.

"Saya sebelum ini mengalami banyak kecederaan yang menghadkan prestasi sehinggalah mampu tampil aksi luar biasa pada hari ini. Saya amat bersyukur," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!