Tidak wajar tindakan disiplin kepada menteri, timbalan menteri UMNO

Seramai 31 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional mengumumkan tidak akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.
Seramai 31 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional mengumumkan tidak akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak wajar menteri dan timbalan menteri UMNO yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikenakan tindakan disiplin walaupun tidakan mereka itu membelakangkan keputusan parti.

Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, ini kerana kumpulan menteri dan timbalan menteri itu sedang menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sekarang ini masa yang tidak sesuai untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana masing-masing bekerja untuk rakyat yang kini sedang menderita akibat pandemik Covid-19.

“Saya menyeru pimpinan parti supaya cari titik penyelesaian yang terbaik untuk selesaikan isu ini dan elak daripada mengambil tindakan yang terburu-buru,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Othman Desa
Othman Desa

Beliau berkata, terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan sama ada wajar atau tidak tindakan diambil antaranya keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berubah-ubah dan masih boleh dibahas.

“Sebab yang kedua adalah kesesuaian masa. Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu diteliti. Jadi nasib kerajaan sekarang perlu ditentukan di Dewan Rakyat pada September ini melalui usul undi percaya,” katanya.

Pada Jumaat, seramai 31 ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional mengumumkan tidak akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mereka berpendirian untuk menjunjung titih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran.

ARTIKEL BERKAITAN: 31 ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong PN dan Muhyiddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!