Kipyegon kekal bergaya di pentas 1,500m
PELARI Kenya, Faith Kipyegon tidak hanya membuktikan kelasnya dalam acara 1,500 meter wanita akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila mempertahankan kejuaraan edisi Rio 2016 pada Jumaat.
Malah Kipyegon turut juga memastikan Tokyo 2020 merupakan pentas meneruskan momentum cemerlangnya dalam acara tersebut apabila mencatat catatan masa 3 minit 53.11 saat sekali gus memperbaiki rekod peribadinya sebelum ini.
Pada aksi di Stadium Olimpik itu juga atlet berusia 27 tahun dari Bomet tampil meranapkan impian pesaing terdekatnya, Sifan Hassan yang sebelum itu meraih emas menerusi acara 5,000m sebelum beraksi saingan 10,000m pada Sabtu daripada merangkul kejuaraan treble.
Pelari Great Britain, Laura Muir meraih pingat perak dengan catatan 3:54.50s manakala Sifan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dengan catatan 3:55.86s.
Kipyegon memenangi pingat emas dalam acara 1,500m di Stadium Olimpik dengan catatan masa 3 minit 53.11 saat, sekali gus memperbaiki rekod peribadinya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!