Kuartet Jamaica bukan 'kaleng-kaleng'

Dari kiri, Shericka Jackson, Briana Williams, Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Elaine Thompson-Herah meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara 4x100m lari berganti-ganti wanita akhir di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat.
Dari kiri, Shericka Jackson, Briana Williams, Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Elaine Thompson-Herah meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara 4x100m lari berganti-ganti wanita akhir di Stadium Olimpik, Tokyo pada Jumaat.
A
A
A

DIPACU tiga sensasi pingat acara 100 meter individu, kuartet Jamaica tampil penuh bergaya dalam acara 4x100 meter (m) lari berganti-ganti wanita akhir di Stadium Olimpik, Tokyo untuk mencatat rekod 41.02 saat (s) pada Jumaat.

Elaine Thompson-Herah, yang kini menutup akaun acara trek dan balapan dengan tiga pingat emas dibarakan Shelly-Ann Fraser-Pryce dan Shericka Jackson selepas permulaan cemerlang Briana Williams - pingat emas pertama sejak edisi Athens 2004, selepas back to back pingat perak di belakang Amerika Syarikat pada edisi London 2012 dan Rio 2016.

"Saya sangat bersemangat datang dan memberikan aksi terbaik untuk pasukan. Perasaan teruja untuk meraih tiga emas seterusnya mencatat rekod kebangsaan," kata Thompson-Herah.

Bagi Fraser-Pryce pula: "Kami sangat bersyukur memenangi pingat emas ini untuk Jamaica. Selama dua tahun ini, prestasi kami tidak berapa memberi impak positif. Jadi apabila dapat meraihnya ia sesuatu yang paling istimewa."

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!