Gaduh rebut durian di Mexico bukan Rembau

Video tular memaparkan pergaduhan dua individu didakwa disebabkan berebut durian yang dikatakan berlaku di Rembau.
Video tular memaparkan pergaduhan dua individu didakwa disebabkan berebut durian yang dikatakan berlaku di Rembau.
A
A
A

REMBAU - Polis menafikan video pergaduhan melibatkan dua individu didakwa berebut durian yang tular di aplikasi WhatsApp sejak petang Jumaat itu berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pergaduhan itu dikesan berlaku di Mexico dan bukannya di daerah ini seperti mana yang tular sekali gus menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih dan tindakan itu boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Video tular di WhatsApp itu memaparkan pergaduhan dua lelaki yang diakhiri dengan kepala salah seorang daripada lelaki berkenaan ditetak dengan kapak.

Turut disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang mendakwa kejadian itu berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil pada petang Jumaat.

“Ini kes terbaru ya... yang berlaku di Rembau tadi di Chembong Halt Kecil. Dihentaknya orang itu menggunakan kapak atau cangkul... Pecah kepalanya rebutkan durian," kata audio tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!