Cacing disangka ular

Anggota bomba sukarela mengambil dan membuang cacing yang disangka ular oleh penghuni rumah. - Foto: FB Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
Anggota bomba sukarela mengambil dan membuang cacing yang disangka ular oleh penghuni rumah. - Foto: FB Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penghuni sebuah rumah di Saujana Utama 1, di sini panik seketika apabila menyangka ular memasuki rumah mereka.

Namun, bomba mengesahkan haiwan itu sebenarnya adalah cacing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penghuni rumah pada jam 9.11 malam tadi.

Sepasukan anggota diketuai Azman Abdul Razak dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bersama tiga anggota bergegas ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi anggota bomba mendapati ada seekor cacing gelang sepanjang lima inci sudah ditangkap.

"Penghuni rumah sangka cacing itu adalah ular.

"Anggota bomba bertindak membuang cacing tersebut. Tiada mangsa dalam kejadian berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!