Elavarasan mahu anak buah belajar daripada kesilapan

Elavarasan
Elavarasan
A
A
A

PENGENDALI Sarawak United FC, E Elavarasan mahu anak buah belajar daripada kesilapan ketika tewas kepada Terengganu FC II dalam aksi Liga Premier pada Selalu lalu dengan bangkit melakar kemenangan ke atas Kelantan FC pada malam ini.

Setakat ini, Sarawak United hanya tewas dua kali dalam 12 perlawanan dan mereka enggan berdepan lebih banyak kekalahan apatah lagi aksi pada malam ini akan berlangsung buat kali pertama di Stadium Negeri.

“Kami sudah lama menantikan untuk beraksi di laman sendiri, dan akhirnya pada malam esok (ini) kita dapat juga bermain di Stadium Negeri.

“Jadi, saya ingatkan kepada pemain bahawa kita tidak boleh tercicir mata apatah lagi di rumah sendiri dan mahu atau tidak, kena kembali konsisten dengan kemenangan seperti pada awal musim dahulu.

“Sekarang kita di nombor tiga dalam liga, jadi saya rasa kalau kita berjaya elak daripada kalah, kita boleh kembali bangkit untuk berada di atas,” katanya dipetik dari laman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Selain aksi Sarawak United dan Kelantan, dua lagi perlawanan Liga Premier akan berlangsung pada membabitkan Selangor FC 2 menentang Perak FC II dan Johor Darul Ta’zim II melawan Skuad Projek FAM-MSN.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!