Ribut: Kerja baik pulih di CAC Klang dilaksanakan segera

Amirudin (dua dari kanan) meninjau kerosakan khemah di CAC yang sebelum ini dilanda ribut.
-Foto Ihsan Facebook Amirudin Shari.
Amirudin (dua dari kanan) meninjau kerosakan khemah di CAC yang sebelum ini dilanda ribut. -Foto Ihsan Facebook Amirudin Shari.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pembaikan kerosakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Daerah Klang sedang dilaksanakan segera bagi memastikan operasinya dapat dibuka semula kepada orang awam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri telah bergegas ke CAC berkenaan bagi meninjau keadaan di lokasi itu yang sebelum ini dilanda ribut.

"Alhamdulillah, tiada kecederaan dan kemalangan melibatkan petugas dan pengunjung di sini," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook pada Sabtu.

Tular satu rakaman video menerusi laman sosial memaparkan kejadian ribut yang dipercayai berlaku di CAC berkenaan.

Menerusi rakaman video berdurasi 27 saat itu, kelihatan khemah yang digunakan oleh petugas dan pengunjung CAC itu turut rosak diterbangkan angin kencang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!