India mahu Pakistan bebaskan juruterbangnya

Juruterbang India, Komander Sayap Abhi Nandan ditahan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh.
Juruterbang India, Komander Sayap Abhi Nandan ditahan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. India menuntut pembebasan juruterbangnya yang ditahan Pakistan selepas jet tempurnya ditembak jatuh semasa merentasi Kawalan Garisan (LoC), sempadan de facto memisahkan Kashmir ditadbir kedua-dua negara.

Rakaman video yang menunjukkan juruterbang itu ditutup mata dengan darah mengalir pada wajahnya dikongsikan oleh Kementerian Maklumat Pakistan.

India menyifatkan tindakan Pakistan mendedahkan rakaman itu sebagai kurang sopan.

Serangan udara merentasi LoC membahagi wilayah India dan Pakistan di Kashmir adalah yang pertama sejak perang pada tahun 1971.

Insiden menembak jatuh dua jet tentera oleh Pakistan itu, telah meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Serangan itu berlaku selepas India membedil kem militan di Pakistan sebagai tidak balas pengeboman berani mati yang membunuh sekurang-kurangnya 40 anggota separa tentera India di Kashmir.

Juruterbang yang ditahan Pakistan dikenali sebagai Komander Sayap Abhi Nandan.

Jurucakap Menteri Luar India, Raveesh Kumar semalam berkata, Abhi Nandan dilaporkan hilang selepas pesawatnya ditembak jatuh oleh jet pejuang Pakistan di kawasan sempadan Kashmir.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata, juruterbang itu dilayan mengikut norma etika ketenteraan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!