Ribut rosakkan tujuh khemah di CAC Klang: Polis

Tujuh daripada 12 khemah di CAC Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang, rosak dalam kejadian ribut, jam 11.30 pagi, pada Sabtu. - Foto ihsan Facebook pembaca
Tujuh daripada 12 khemah di CAC Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang, rosak dalam kejadian ribut, jam 11.30 pagi, pada Sabtu. - Foto ihsan Facebook pembaca
A
A
A

SHAH ALAM - Tujuh daripada 12 khemah di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang, dekat sini rosak dalam kejadian ribut pada jam 11.30 pagi pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Ammar Ramli berkata, dua individu turut cedera dalam insiden itu.

“Dua orang awam yang berada di bawah khemah telah mengalami kecederaan ringan akibat insiden tersebut,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dirawat oleh pihak CAC dan dibenarkan pulang. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!