Gelombang baharu Covid-19, China lakukan disinfeksi besar-besaran
Langkah pencegahan dan pengawalan itu meliputi tempat-tempat awam, susulan tercetusnya gelombang baharu Covid-19 di bandar berkenaan.
Ia dilakukan pada Jumaat malam sehingga ke awal pagi Sabtu.
Kawasan-kawasan yang disasarkan adalah stesen keretapi, hospital, pusat membeli belah dan lebih 1,700 jalan utama di bandar itu.
Berdasarkan rakaman visual, trak-trak digunakan untuk melaksanakan prosedur berkenaan, selain disertai petugas kesihatan.
Negara itu melaporkan 124 kes baru pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!