Azizulhasni layak ke final, harapan negara raih emas
Azizulhasni layak ke final acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo selepas menduduki tempat pertama saringan separuh akhir di Velodrom Izu.
A
A
A
Azizulhasni mengungguli saingan saringan kedua separuh akhir itu di tempat pertama untuk menempah tiket perlumbaan akhir sekali gus menghidupkan peluang meraih pingat emas pertama negara di temasya Olimpik.
Perlumbaan akhir dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!