Seludup air ketum untuk rakan positif Covid-19 di PKRC

MOHAMMAD ISMAIL
MOHAMMAD ISMAIL
A
A
A

BACHOK - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai menyeludup air ketum ke sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di sini untuk dihantar kepada seorang kawan yang positif Covid-19 di pusat itu pada petang Sabtu.

Suspek berusia 20 dan 18 tahun ditahan pada jam 3.52 petang.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, mereka ditahan selepas dilihat menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan oleh seorang anggota polis yang menjalankan tugas sentri di PKRC berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas motosikal menjumpai satu dalam beg di dalam raga dan ada satu kotak air minuman teh popular yang dipercayai berisi air ketum.

“Hasil siasatan dipercayai mereka pergi ke pusat itu dengan tujuan menghantar air ketum kepada seorang kawan yang berada di dalam pusat tersebut.

Kotak air minuman berisi air ketum yang diletakkan dalam sebuah beg galas dibawa masuk ke PKRC untuk dihantar kepada seorang penghuni di pusat berkenaan.
Kotak air minuman berisi air ketum yang diletakkan dalam sebuah beg galas dibawa masuk ke PKRC untuk dihantar kepada seorang penghuni di pusat berkenaan.

“Barang kes diperoleh daripada seorang lelaki Melayu yang tinggal di Kampung Nakhoda Saamah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, hasil ujian saringan awal urin ke atas air kencing suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

Artikel Berkaitan:

“Suspek-suspek mengaku ia adalah pertama kali mereka melakukan perbuatan cuba menyeludup air ketum ke dalam PKRC.

“Mereka juga mengaku minum air ketum beberapa hari yang lalu dan mengaku memiliki air ketum yang dirampas,” katanya kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Penguatkuasaan ketat kata beliau diteruskan bagi mengesan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di dalam PKRC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!