Ismail Sabri ucap tahniah kepada Azizulhasni

Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berterima kasih kepada penyokong dan rakyat Malaysia ketika majlis penyampaian pingat acara akhir keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Izu Velodrom, Shizuoka, di sini, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KLANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada jaguh trek berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara keirin di Olimpik Tokyo.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau yang telah berjaya menyumbangkan pingat kedua buat Malaysia.

“‘Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan menyuarakan rasa berbangga dengan pencapaian beliau,” katanya kepada pemberita ketika melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Ahad.

Mohd Azizulhasni, 33, yang juga dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman memenangi pingat kedua bagi negara dalam Olimpik Tokyo hari ini, selepas pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang pingat gangsa dalam acara beregu lelaki badminton beberapa hari lepas. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!