Tanaman timun musnah akibat terputus bekalan air

Zainun bersama anaknya, Mohamad Halmi menunjukkan buah timun yang rosak akibat terputus bekalan air.
Zainun bersama anaknya, Mohamad Halmi menunjukkan buah timun yang rosak akibat terputus bekalan air.
A
A
A

KUALA NERUS - Tanaman timun diusahakan seorang warga emas yang akan dituai dua minggu lagi musnah akibat bekalan air di Kampung Sungai Ikan di sini terputus sejak minggu lalu.

Zainun Sulaiman, 67, berkata, dia menganggarkan kerugian ditanggung mencecah ribuan ringgit setelah 500 pokok timun yang ditanam secara fertigasi tidak dapat disiram dan mula layu sejak Selasa lalu.

Menurutnya, tanaman timun di atas tanah berkeluasan 0.3 ekar yang diusahakan bersama anaknya, Mohamad Halmi Hassan, 24, sejak setahun lalu bergantung sepenuhnya dengan sumber air disalurkan Syarikat Air Terengganu (Satu).

"Dalam tempoh pokok membesar kami akan siram tiga kali sehari, tetapi apabila sudah tiba musim menuai pokok timun ini akan disiram sekurang-kurangnya lima kali sehari.

Zainun meninjau keadaan kebunnya yang musnah kerana terputus bekalan air sejak minggu lalu.
Zainun meninjau keadaan kebunnya yang musnah kerana terputus bekalan air sejak minggu lalu.

"Disebabkan bergantung sepenuhnya dengan air paip Satu, tanaman ini tidak dapat disiram dan mulai layu serta kering. Buahnya juga rosak dan kecut," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Zainun berkata, dia sempat memungut hasil tanaman timunnya sebanyak 100 kilogram (kg) sehari sebelum ia kembali dituai semula dalam tempoh dua minggu lagi.

Gangguan bekalan air akibat kebocoran paip di dasar sungai Terengganu menjejaskan 28,700 akaun pengguna di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan kini giat dijalankan dan masalah bekalan air yang berlaku sejak minggu lalu dijangka akan selesai pada Rabu depan.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 penyelam gadai nyawa baiki paip rosak dasar sungai

Krisis bekalan air di Kuala Nerus, Kuala Terengganu berlarutan tujuh hari lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!