200 penduduk terjejas PKP dibantu

Wan Romani (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dalam DUN Bukit Pinang. Turut kelihatan Zamzuri (tiga dari kanan). Foto: Ihsan Econsave
Wan Romani (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dalam DUN Bukit Pinang. Turut kelihatan Zamzuri (tiga dari kanan). Foto: Ihsan Econsave
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 200 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bukit Pinang menerima sumbangan keperluan rumah dari Pasaraya Econsave Cawangan Pokok Sena pada Khamis lalu.

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim berkata, beliau menghargai keprihatinan pasar raya tersebut dalam membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, rata-rata penerima adalah mereka yang berada dalam kategori B40.

"Sumbangan ini kita fokus kepada B40 yang tinggal di Taman Teratai, Taman Satria, Taman Lelasari, Taman Dalam kota dan sekitar Pekan Langgar termasuk pertugas d Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

"Sumbangan ini difokuskan kepada mereka yang terjejas punca pendapatan akibat pelaksanaan PKP untuk mengekang Covid-19," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian program amal Econsave Cash & Carry Sdn Bhd yang diadakan dari masa ke semasa.

Menurutnya, keperluan barang dapur tersebut diharapkan dapat meringankan beban penduduk terutamanya mereka yang memperoleh pendapatan tidak menentu ataupun hilang pendapatan semasa PKP dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!