Jalolov menang emas tinju super heavyweight
ATLET tinju dari Uzbekistan, Bakhodir Jalolov memenangi emas bagi kategori super-heavyweight 91 kg Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan atlet tunju Amerika Syarikat (AS), Ricahrd Torrez Jr di Arena Kokugikan, pada Ahad.
Untuk rekod, ini adalah pertarungan kali kedua bagi kedua-dua peninju berkenaan di mana Torrez memenangi pertarungan dua tahun lalu menerusi tumbukan knock-out (K.O).
Bagaimanapun kali ini, pihak juri memberikan kemenangan 5-0 kepada Jalolov berkenaan walaupun menyaksikan Torrez beraksi berhabis-habisan di sepanjang pertarungan bagi memastikan kemenangan.
Dalam perjalanannya menuju ke aksi final, Jalolov mencatatkan kemenangan 5-0 bagi setiap pertarungan yang diharungi.
Jalolov mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan peninju Great Britain, Frazer Clarke, Satish Kumar (India) dan Mahamad Abdullayev (Azerbaijan) pada aksi separuh akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!