Hafizh Syahrin kemalangan di GP Austria
PELUMBA Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.
Selain Hafizh, rakan sepasukan yang berlumba dengan NTS RW Racing GP, Barry Baltus turut mengalami kemalangan pada pusingan ke-24.
Marco Bezzecchi dari Itali muncul juara dengan catatan masa 37 minit 29.460 saat diikuti pelumba Sepanyol Aron Canet dan Augusto Fernandez masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Pelumba kelahiran Selangor itu kini menduduki tangga ke-24 selepas lapan perlumbaan dengan mengumpul lapan mata dalam ranking keseluruhan musim 2021.
Sebelum ini, Hafizh Syahrin menduduki tempat ke-9 di GP Itali pada Mei lepas, yang merupakan kedudukan terbaiknya musim ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!