Kejayaan Azizulhasni, Aaron-Wooi Yik inspirasi rakyat Malaysia

Azizulhasni Awang.- Foto AFP
Azizulhasni Awang.- Foto AFP
A
A
A

KEJAYAAN pelumba kierin, Datuk Azizulhasni Awang dan pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat pada temasya Olimpik Tokyo menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Penjelajah Grand Slam yang juga Atlit Sukan Lasak Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin berkata, beliau optimis dengan kejayaan Azizulhasni memenangi perak dan pasangan badminton meraih gangsa itu, atlet Malaysia mampu merangkul emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

“Anda bertiga menyatukan rakyat Malaysia semua dan saya amat berbangga serta terharu dengan pencapaian yang ditunjukkan. Tahniah saya ucapkan.

“Sebagai penghargaan, saya secara peribadi menyumbangkan wang tunai RM15,000 buat Azizulhasni, manakala pasangan Aaron Chia/Wooi Yik bakal menerima RM10,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Sabtu, Muhamad Muqharbbin menawarkan wang tunai RM25,000 atau pakej Haji kepada atlet Malaysia yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!